Friday, December 4, 2009

cerita mengemparkan dan menghayat hati..

Arwah Arshad

cerita yang akan ku kongsikan kepada semua ialah cerita yang menggemparkan semua warga Losong haji su dan masjid apabila adik sebelumku meninggal dunia disebabkan barah darah yang dihadapi..Biar lah aku menceritakan kisah detik nafas terakhirnya. masa tu 9/2/2007 bersamaan hari jumaat. Masa tu aku masih belajar disekolah menengah kebangsaan sultan Ahmad dalam tingkatan 5. Masa tu aku dan adik ku yang muda setahun dari aku memang aktif dalam bidang kawad kaki. pagi tu kami memang diwajibkan pergi ke sekolah untuk berlatih dalam kawad kaki. Ntah kenapa hari tu aku merasakan sungguh berat untuk ke sekolah. Aku pun tak tahu. pas habis kawad kaki, aku pun terus balik. Aku nampak Adik Arshad macam biasa baring atas tilam kerana sakit yang dihadapinya sejak dia berusia 4 tahun. Hari ini arshad dah berusia 5 tahun lebih. Umur arshad masuk 5 tahun pada 21/1/2007. Aku hampiri Arshad. Masa tu aku lapar sangat. Aku minta makanan dengan umi. Umi cakap ada kat dapur. Aku pergi Amik. Aku memang syok makan depan Arshad. Masih lagi aku ingat rupa arshad mase tengok aku makan disisinya dengan seleranya. Aku ajak arshad makan skali, tapi arshad menggiling. aku tanye umi arshad dah makan ke belum? umi cakap dari pagi tadi lagi umi suruh arshad minum dia tak nak. aku perlawa skali lagi arshad makan.tapi arshad menolak.muka arshad jelas menunjukkan dia sedang menahan sakit yang teramat smapaikan dia paggil umi berkali-kali suruh urut dada dia. umi sibuk didapur masa tu, pas tu umi datang. umi suruh aku yang urut dada arshad, aku urut.aku rasakan dada arshad semain membengkak..tidak seperti hari yang lain.aku jadi hairan masa tu. aku tak fikir pula hari tu la hari terakhir aku urut arshad.dengan kudrat aku, aku urut dia.tapi dia cakap kat aku tak rasa apa-apa. dia ada sebut nama makcik jah.iaitu ibu angkat kami satu adik beradik. tapi masa tu makcik jah tak derk. Untuk pengetahuan semua, Arshad tak sempat betemu makcik jah. dia sempat pergi dahulu. Masa aku urut dada arshad, arshad ada cakap at aku yang dia ada nampak satu lembaga putih menjelma disyiling rumah kami, aku cam biasa la pantang kalau ada benda mengacau rumah kami, aku akan marah benda tu. aku cakap kat benda tu jangan kaco arshad.. pas tu arshad cakap benda tu dah ada kat kepala dia. aku lawan lagi. aku panggil umi. umi pun ikut sama lawan benda tu dari mendekati arshad.Masa tu Kaki Arshad pucat sangat. Benda tu duduk dikaki arshad,dan masa tu umi amik selimut dan selimut kaki dan badan arshad. benda tu pun lari. aku merasakan pelik sangat pada ketika tu. aku capai kamera henset acik, aku nak amik gambar kaki pucat arshad, tapi masa tu arshad cakap, kaki dia sejuk, tolong selimutkan.umi tolong. pukul 5 petang, aku dan adik2 main badminton.5.30 aku dengar acik dan umi gaduh. aku tak tahu kenapa.aku masuk dan tengok air mussafar jatuh bertaburan dilantai dan arshad memandang lagi wajahku dengan muka kesakitan.nafsnya tersekat-sekat sambil dia menangis.aku rasakan ianya biasa.sekejap je aku nak sambung main lagi,tiba-tiba angah panggil dan suruh telefon abah. aku tengok arshad dah kacit gigi. arshad tarik nafas yang snagat dalam.matanya naik keatas. masa tu aku betul-betul terkejut.aku rasakan tuhan sedang menguji,dan arshad tak mungkin meninggal. Bila abah sampai, abah menangis.umi riba badan arshad dan berzikir ditelingannya.abah telefon semua orang. kejap je abah telefon sume orang, arshad kembali norma. masa tu umi cakap arshad, maafkan sume yer??arshad hanya mengangguk kepala.masa tu dia melihat sekelilingnnya.abah pun cakap "tu arshad da ok, boleh la abah kembali hantar gas kan??" arshad hanya diam dan memandang abah.sume orang suruh abah tunggu kat sisi arshad sebab semua orang mersakan arshad akan meninggalkan dunia pada hari itu jugak.aku ke padang mencari aqel dan shafwan. bile kami jumpa, kami tengok arshad dalam keadaan nazak.gigi dia terkacip lagi. kali ini aku terdengar nafasnya itu dan bau busuknya seperti biasa. Arshad meninggal tepat pukul 6.45petang.sedih sangat kehilangannya.sebab dia seorang yang periang, dia pandai buat lawak.bila teringat kenangan dia dulu, yang dia suka sangat kartun sinchan sampai dia tiru cara sinchan sampai sume orang gelak..InsyaAllah..aku akan uba uplod sebanyak mungkin gambarnya disini.InsyaAllah..


Arwah Mohammad suhaib Asim



Masa ni Arshad baru baik dari berubat dan tak boleh jalan sendiri..aku selalu dukung dia
macam cara umi dukung nie..Tapi umi penuh dengan kasih sayang lah..



No comments:

Post a Comment