Friday, December 4, 2009

suka balik rumah pasal...

Mohammad shukri aqib (mat yie/ayie)

aku suka balik rumah aku kat osong haji su nak bandingkan tinggal diasrama kelantan nie..kat rumah, macam-macam aku boleh buat termasuk lah lepak kat luar pada malam. asalkan jangan tengah malam, marah lah abah. pernah sekali aku kuar ngan kak long pukul 1-2 pagi, masa tu best..boleh tengok ramainya pondan di kampung banggol kat bandar tu..nak citer la pe yang paling seronok aku nak balik sangat..ia disebabkan sorang budak kecik ni, dia adik bongsu aku. dia ni kalau aku balik, dia suka sangat. bak kata umi, kalau aku balik, masa tu lah dia akan mintak segala apa yang dia inginkan termasuklah ice cream..budak ni terlampau ceredik sebenarnya..dia ni akan mintak aku ke sebuah supermarket dan kat sane dia akan ajak aku shoping..ni bukan dia belanja taw???tapi aku yang belanja..aku tak kisah sangat kalau dia mintak, sebab dia budak-budak..dia mesti dapat pe dia nak..masa aku kecik dulu pun abah selalu kasi duit kat aku suruh aku beli pe yang aku nak asalkan ada hadnya, tapi zaman sekarang semuanya guna duit,barang mahal, jadi tak kisah pun untuk budak tuh. Nak cerita lah satu kisah. Hari tu cuti raye haji. masa tu 26/11/2009,khamis.aku amik tiket pukul 6petang, maknanya aku akan sampai malam diterengganu. Hari tu adik aku yang muda setahun dari aku balik stelah beberapa bulan tidak pulang. si budak kecik ni pun seronok lah sambut adik aku tu, tetiba dia pandang adik aku dan bertanya, mana aku. pas tu dia naik atas sorang diri menuju ke bilik aku, dia amik gambar aku yang dalam frame dan bawa frame tu turun bawah. kat ramai-ramai orang tu dia cium muka aku dalam gambar tu. terharu aku masa tu. pas tu adik aku tanye, dia ni rindu aku ke. dia pun jawab "erm.." umi cakap yang budak ni cuma rindu ice cream dari aku, pas adik aku pergi beli ice cream, dia tidak lagi merindui aku dan gambar tu dibiarkan disitu..
* budak ni adalah adik bongsu aku yang baru sahaja masuk umur 4tahun.dia ini suka bercakap, tapi bila dia cakap, 1 habuk pun tak faham pas tu kalo kita tak faham dia akan marah kite. dia ni suke menghafal lagu-lagu samada melarakan ataupun tidak. paling banyak dia hafal lagu ialah lagu omputih. hafal dan joget adalah hobi dia..

Ni la budak tu..

No comments:

Post a Comment