Friday, December 4, 2009

sebelum kematian arshad..

Biar lah aku menceritakannya..budak yang aku nak cerita nie, budak ni sama nakal dengan adik aku yang bonsu..budak ni pandai nak banding yang bongsu tu. Wajah dia pun sama. tapi budak ni adalah abang kepada adik aku yang bongsu. Masa tu hari isnin,5/2/2009, Adik aku arshad ni nak sangat ke sekolah dia. dia ni tak boleh ke sekolah sebab penyakit dia semakin teruk. Masa hari isnin tu, dia esekolah, dia cam menunjukkan rekaksi dia bahawa dia akan pergi selamanya..dia melambai tangan kawan-kawan dia maknanya lambaian terakhir.masa penyakit dia tak seteruk tu, dia selalu ke sekolah dengan bertemankan umi. selalu jugak umi tak ada kat rumah masa tu. Aku ingat ag, masa tu aku yang temankan angah daftar nama arshad kat sekolah tadika yayasan kuala Terengganu.masa tu arshad tak boleh datang sebab sakit. Aku ingat ag, pas Arshad belajar disekolah, umi akan refresh balik otak dia dengan bertanyakan apa yang arshad belajar tadi, aku ingat ag, arshad cakap,"hari ini hari thuesday, selasa". masa sehari sebelum arshad maninggal, abah bawak dia ke kedai roti canai, dia syok lagi makan.. Pas malam tu dia terus tak makan sampai lah keesokkan harinya.Budak ni banyak kali da accident ngan macam-macam hal seperti masa dia berusia dalam 4-5 bulan, dia main kaca samapai tangan dia luka teruk dan tinggal parut sampai meninggal dunia betul-betul..
untuk pengetahuan semua, adik arshad tak sempat tengok wajah kak long sebab masa tu kak long ikut lawatan ke kuantan anjuran university tempat dia belajar iaitu universiti darul iman(kusza). Masa dia sakit, dia langsung tak dek darah.pernah darah keluar dari celah giginya, tapi masa tu bukan darah yang macam kita ni, tapi darah yang berketul macam batu keluar. hairan la jugak kenapa kan??masa dia sakit ni dia duduk di hospital besar kuala terengganu. tapi kejap je sebab umi, abah dan kami sekeluarga tak benarkan arshad di bedah..Arshad ditempatkan diwad 6ef. untuk pengetahuan semua, arshad nie berdarah sama dengan aku, iaitu darah B. kalau aku darah B masa tu, aku sanggup bagi darah ni untuk dia hidup, tapi masa tu au belum cukup umur..sedihlah..ta nak lah cerita lagi...



Kematian Disebabkan barah darah..

9/2/2007_6.45petang

2 comments:

  1. aslmkm...
    sy ucapkn takziah diatas pemergian arshad...
    kita sama2 berdoa agar rohnya tenang di Sana dan terus ditempatkannya ke dalam syurga..insyaAllah...

    ReplyDelete
  2. Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
    (heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.

    ReplyDelete